Model kampus ini telah dihasilkan pada akhir tahun 1970-an. Pembinaan kampus UTM Skudai adalah berkonsepkan jejari atau sepusat di mana digunakan dalam
reka letak pembinaan bangunan dengan kedudukan masjid dan perpustakaan di tengah-tengah kampus.

Pembinaan kerja infrastruktur telah dimulakan sejak tahun 1979, yang melibatkan pembinaan masjid, bangunan Canseleri, perpustakaan, pusat kegiatan pelajar dan dewan bear yang merupakan nadi atau enjin kepada pentadbiran universiti.

Kemudian diikuti pula dengan pembinaan bangunan fakulti seperti Fakulti Kejuruteraan, Seni Bina, Sains dan lain-lain disekelilingnya mengikuti lingkaran bulatan berfokuskan masjid termasuk asrama pelajar yang dinamakan sebagai ‘Kampung Pelajar’.

Konsep seni bina bangunan UTM Skudai adalah bercirikan seni bina Melayu yang berpusatkan Islam yang telah dilhamkan oleh Tan Sri Ainuddin Wahid, Naib Canselor pertama UTM.

Sumber: Seksyen Galeri, Jabatan Perpustakaan UTM

You may also like

Page 1 of 18