Majlis pelancaran Read Cafe@UTMKL x He & She Coffee yang berlangsung pada 3 Ogos 2023, telah disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Professor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Majlis ini turut dijayakan dengan kehadiran En. Zulkiflee Yusof, Founder He & She Coffee yang telah menyumbangkan idea dan sokongan untuk membawa Read Cafe@UTMKL menjadi sebuah realiti yang berjaya.
Suasana majlis semakin meriah dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat termasuk Prof. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Puan Nor Asikin Mohamad, Ketua Pustakawan UTM serta para tetamu kehormat lain yang telah memberi sokongan penuh dalam mewujudkan kerjasama ini sekaligus memajukan pembudayaan ilmu di kampus.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, juga diadakan Penyerahan Baucer Rahmah RM5 He & She Coffee sebagai penghargaan terhadap kerjasama antara UTM dan He & She Coffee ini dalam menjayakan Read Cafe@UTMKL.
Semoga kerjasama antara Perpustakaan dan He & She Coffee akan terus berkembang dan memberi manfaat yang besar kepada komuniti kampus, meningkatkan minat membaca serta mencipta ruang mesra untuk berbincang dan bertukar ilmu di kalangan pelajar dan staf UTM Kuala Lumpur.

You may also like

Page 1 of 19