Program Bicara Merdeka : Bibik, Mentor Kewanganku yang dianjurkan oleh Perpustakaan UTM Kuala Lumpur pada 17 ogos 2023

 

Location : Read Cafe@UTM Library Kuala Lumpur, He & She Coffee
Date : 17/08/2023
Coverage :
Image Type : Color
Description : Program Bicara Merdeka : Bibik, Mentor Kewanganku yang dianjurkan oleh Perpustakaan UTM Kuala Lumpur sinergi bersama Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM Kuala Lumpur. Program ini diadakan secara fizikal di Read Cafe@UTM Library Kuala Lumpur, HE & She Coffee juga secara langsung di Facebook UTM Library Kuala Lumpur. Program yang diadakan selama sejam ini menampilkan penulis buku Bibik : Mentor Kewanganku iaitu Profesor (B) Dr. Ahmad Rahman Songip untuk berkongsi tips serta rumusan dari penulisan beliau melalui buku ini. Istimewanya program kali ini, Profesor (B) Dr. Ahmad Rahman Songip akan mewakafkan 100% penjualan buku Bibik : Mentor Kewanganku pada hari itu kepada Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM dengan promosi harga RM40 berbanding asal RM48. Terima kasih Prof atas kesudian berkongsi ilmu bersama penonton serta berkongsi rezeki bersama Unit Dana Wakaf Pendidikan UTM dan semestinya bermanfaat kepada semua penerima yang layak.

Welcome to the UTMLenses . The images featured above are available for UTM faculty and staff to download and use for university business only. To view the full gallery, please use the navigation link above. These media are not to be used for professional or commercial purposes without prior written permission from the UTM Section of Corporate Affairs

utmlenses.admin@utm.my