Lawatan Penilaian Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan SPACE UTM oleh Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) pada 2 ogos 2023

 

Location : Bangunan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur
Date : 02/08/2023
Coverage :
Image Type : Color
Description : Lawatan Penilaian Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan SPACE UTM oleh Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) telah diadakan hari ini. Penilaian ini melibatkan hampir 12 orang panel penilai dan 6 orang wakil dari SPACE UTM. Penilaian ini dilakukan bagi 5 kursus pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia iaitu Diploma Kejuruteraan Kimia, Awam, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal. Wakil perpustakaan adalah Puan Nik Masriza Zakaria selaku Ketua Bahagian Perpustakaan UTMKL disamping dua Pustakawan Kanan iaitu Sharifah Radhiah Syed Azman dan Khairun Nadzrah Khalid. Para penilai dimaklumkan berkaitan penutupan bangunan Perpustakaan UTMKL bagi memberi ruang kepada kerja-kerja naik taraf bagi keselesaan pengguna. Namun, perkhidmatan perpustakaan masih dijalankan seperti biasa di tempat baru untuk sementara waktu. Selain itu, para penilai diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh perpustakaan samada secara atas talian, mahupun secara fizikal antaranya perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (ILL), agihan pembelian buku mengikut program yang ditawarkan, Librarian by Appoitment dan sebagainya. Terima kasih kepada semua penilai yang sudi hadir serta meluangkan masa hadir ke Perpustakaan UTMKL!

Welcome to the UTMLenses . The images featured above are available for UTM faculty and staff to download and use for university business only. To view the full gallery, please use the navigation link above. These media are not to be used for professional or commercial purposes without prior written permission from the UTM Section of Corporate Affairs

utmlenses.admin@utm.my