Lawatan dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Perpustakaan UTMKL pada 9 januari 2024

 

Location : Bangunan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur
Date : 09/01/2024
Coverage :
Image Type : Color
Description : Perpustakaan UTM Kuala Lumpur menerima kunjungan daripada lima orang Pegawai dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Turut menyertai lawatan adalah Puan Marhaniza Abdul Halim, Ketua Jabatan Perpustakaan USIM. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UTMKL di samping mendapatkan maklumat mengenai konsep kafe di dalam persekitaran perpustakaan. Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas oleh Puan Nik Masriza Zakaria selaku Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UTMKL bertempat di Read Cafe@UTM Library di Menara Razak. Usai perbincangan delegasi meneruskan lawatan ke Perpustakaan UTMKL (PSZKL). Lawatan berakhir pada jam 12 tengah hari setelah sesi penerangan yang melibatkan pertukaran pandangan dan interaksi antara kedua belah pihak. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Welcome to the UTMLenses . The images featured above are available for UTM faculty and staff to download and use for university business only. To view the full gallery, please use the navigation link above. These media are not to be used for professional or commercial purposes without prior written permission from the UTM Section of Corporate Affairs

utmlenses.admin@utm.my